Wednesday 27 April 2011

jom jalan yuk.....

ni lah antara aktiviti-aktiviti psk sepanjang tahun 2008-2010...cuba tgk..ader tak gambar-gambar korang...kalau tak de,claim kat en fauzi yek..keh..keh..keh..kalau tengok gambar-gambar ni kan,macam-macam gelagat warga sdary nih...apa pun semoga aktiviti yang dianjurkan panitia psk ni dapat la bagi pengalaman yang terbest dalam hati warga sdary 4eva..eva and eva..ceewah...okes..enjoy la yek..
ha....ni masa lawatan ke bukit fraser...masih ingat lagi tak yang kat tengah tu..haa..cuba ingat balik..

Friday 11 March 2011

PSK sepintas lalu...........

Blog Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SDARY diwujudkan bagi mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan mata pelajaran ini untuk dijadikan sumber rujukan dan bahan bantu mengajar guru-guru disamping mamaparkan aktiviti-aktiviti dibawah Panitia PSK.
Blog ini juga menyediakan serba sedikit panduan untuk guru-guru dalam pengurusan Panitia di sekolah.
Bahan-bahan audio-visual seperti video klip dari youtube dan koleksi lagu-lagu patriotik diblog ini bertujuan membantu guru-guru membawa pelajar-pelajar mendengar, melihat, merasai serta memahami topik-topik dengan lebih jelas lagi di samping menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan bermakna.
Selain membantu rakan guru, blog ini juga diwujudkan atas rasa keperihatinan terhadap keperluan pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah luar bandar yang masih kurang kemahiran menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi perlaksanaan Projek Kewarganegaraan mereka.
Diharapkan dengan adanya bahan-bahan di blog ini, dapat membimbing dan memudahkan pelajar mencari bahan rujukan untuk tugasan mereka disamping merasai keseronokan pengalaman baru mencari maklumat menggunakan kaedah pembelajaran interaktif.
Bahan-bahan yang dikumpulkan di blog ini juga adalah dari bahan-bahan yang dirujuk dan disunting dari sumber seperti wikepedia, akhbar-akhbar, artikel-artikel dari majalah dan laman web yang mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan tajuk- tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Semoga bahan-bahan bacaan ini dapat membantu rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada berkenaan topik-topik yang yang akan diajar dan dipelajari.
Pautan-pautan yang ada di dalam blog ini juga adalah pautan dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan, juga dari laman web dan blog yang terpilih kerana nilai kandungan bahan-bahan yang ada, amat berguna dan sesuai sekali untuk dijadikan bahan rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan maklumat tambahan.
Akhir kata, saya dengan rasa berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang sudi berkongsi bahan secara langsung dan tidak langsung demi Membina Negara Bangsa. Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan menjadi amal jariah kita di akhirat kelak.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan segala keburukan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri. Wassalam  ---Ketua Paniatia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SDARY, En. Fauzi Bin Othman